warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Konsep Ibadah







Konsep Ibadah





Konsep Ibadah

Konsep ibadah sudah terpesong daripada makna asalnya

Tujuan ibadah terutama sembahyang hendak menebalkan rasa kehambaan

Ibadah dibangunkan supaya subur rasa rendah diri, takut, malu, rasa bertuhan, rasa lemah, harap, rasa diawasi, rasa dikuasai, rasa hina, rasa dilihat, rasa didengar

Apa yang telah disebuntukan tadi sebahagian sifat-sifat kehambaan

Kalau dari perbuatan ibadah tidak lahir rasa kehambaan

Bilakah lagi seorang hamba hendak merasa perasaan hamba di dalam jiwa?

Di masa berniaga, di masa bertani, di masa pejabat, di masa berjalan

sudah tentu tidak mungkin dapat menajamkan rasa kehambaan

Jika ibadah tidak menyuburkan rasa kehambaan, ibadah tidak akan memberi kesan

Ibadah yang tidak berkesan tidak akan melahirkan akhlak yang mulia

sekalipun banyak ibadahnya

Ibadah yang tidak berkesan tidak akan merubah perangai buruk kepada baik

Mengapa ibadah tidak berkesan?

Ada beberapa sebab di antaranya ibadah itu tidak dihayati makna dan perbuatannya

Hanya jadi latihan fizikal sahaja

Ibadah itu dibuat dengan tujuan pahala atau fadhilat, kerana Syurga takut Neraka

Bukan tujuan mengabdikan diri kepada Tuhan sebagai seorang hamba

Tidak hairanlah orang yang beribadah masih mengumpat, menipu, rasuah, menghina, pemarah, hasad dengki, tamak, bakhil, tidak sabar, tidak berkasih sayang, tidak redha, tidak pemaaf dan lain-lainnya

Ada lagi cara Tuhan hendak merasakan hamba itu rasa kehambaan

Iaitu ujian-ujian yang berbagai-bagai bentuk dan ragam

Di antaranya sakit, miskin, bencana alam, orang benci, harta kena curi dan lain-lain lagi

Supaya hamba itu rasa lemahnya diri, tidak ada kuasa,

tidak mampu menolak yang dibencinya

Tidak mampu menolak takdir Tuhan

Terasalah Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Hebat yang patut ditakuti

Tapi dari ujian yang bermacam-macam ragam tidak melahirkan sifat hamba? Mengapa?

Kerana tidak kenal Tuhan, tidak kenal peranan Tuhan

Tidak ada ilmu tentang Tuhan, tidak tahu hikmahnya perbuatan Tuhan

Maka sebab itulah daripada ujian boleh tidak mampu bersikap seorang hamba

Ibadah pun tidak memberi kesan yang positif kepada peribadi

Ujian pun demikian juga tidak mendidik manusia

Kerana kedua-dua aspek tadi sudah disalah erti

Ibadah dengan tujuan melahirkan rasa kehambaan bukan untuk mendapat pahala

Ujian dengan tujuan didikan dan keinsafan bukan untuk kecelakaan

 

14.6.2004 2

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer