warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kesilapan Ulama Tidak Mengkaji Akhir Zaman







Kesilapan Ulama Tidak Mengkaji Akhir Zaman





Kesilapan Ulama Tidak Mengkaji Akhir Zaman

Aku hairan dan sedih sikap ulama

Terutama ulama Melayu Malaysia

Mengapa tidak membuat kajian,

bahawa di akhir zaman Melayu

akan jadi empayar melalui Islam

Memberitahu orang Melayu Islam

agar berjuang ke arah itu

Dengan membawa 5 prinsip,

Tuhan, pemimpin, ajaran, jemaah, sistem

sebagai pengisian

Padahal Yahudi tahu kerana membuat kajian

Bahawa kebangkitan Islam kali kedua

di akhir zaman di timur khususnya Malaysia

Kerana itulah mereka bersama Amerika

membuat berbagai-bagai  percubaan

menghalang kebangkitan

Dengan berbagai-bagai cara dan berbagai-bagai saluran

Percubaan mereka itu

gagal demi gagal kerana janji Tuhan

Kalau bukan janji Tuhan

kita sudah jadi Iraq dan Afghanistan

Kalau ulama Islam faham

kebangkitan Islam kali kedua di Malaysia

Mereka faham bagaimana berjuang ke arah janji Tuhan

Sudah tentu merekalah yang menjadi ulama

Yang menunjuk ajar dan memberi panduan

Tapi hari ini kalau orang bertanya

tentang kebangkitan Islam akhir zaman

Hingga hari ini tidak ada jawapan

Jika ada jawapan tidak jelas dan tidak ada ketegasan

Umat Islam tidak boleh jadikan pegangan bagaimana berjuang

Di sinilah lemahnya ulama akhir zaman

Sepatutnya kebangkitan Islam kali kedua mereka faham

Sepatutnya mereka telah membuat kajian

Takkan perjuangan Islam akhir zaman

tidak ada panduan

Tidak munasabah Tuhan  tidak memberi panduan

Kalau dibuat kajian mesti nampak jalan

Mesti ada guide line dari Tuhan

Tidak munasabah orang Melayu

akan jadi empayar tidak ada jalan

Jika tidak nampak jalan kerana tidak ada kajian

Di sinilah yang kita sedihkan

terhadap para ulama di akhir zaman

Ulama hari ini: bukan kerja mereka, mereka lakukan

Yang sepatut kerja mereka, mereka abaikan

Jadi orang Islam tidak ada panduan dan ikutan

Kerana kecuaian para ulama akhir zaman

 

5.10.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer