warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kesan Sikap Tamak







KESAN SIKAP TAMAK




Kesan Sikap Tamak

 

Keperluan manusia di antara satu sama lain lebih kurang sama

Sama ada di segi pakaian, makan minum mahupun tempat tinggalnya

Kalau ada lebih kurangnya hanya sedikit sahaja

Keperluan-keperluan itu tidak jauh sangat bezanya

Tapi kerana tabiat tamak, yang disimpan terlalu banyak

Sekalipun yang berhak memerlukannya sangat banyak dan mustahak

Walaupun berlebih-lebihan namun diagih-agihkan tidak

Sekalipun berlaku hingga rosak dan pembaziran

Biar pembaziran, biar rosak, sekalipun dibuang, namun diberikan tidak

Begitulah sifat tamak apabila menguasai diri seseorang

Dapat sedikit tidak cukup, dapat banyak diagih-agihkan tidak

Orang yang tamak sangat mementingkan diri

Segala-galanya hendak dibolot sendiri

Sudah ada rasa tidak cukup, padahal sudah berlebih-lebihan

Rasa tidak cukup menguasai diri

Sudah ada, hendak lagi, sudah banyak mahu lagi

Mahu lagi, hendak lagi, kumpul lagi jadi budaya

Hinggakan sudah hampir mati pun mahu lagi harta

 

19.10.2002 5

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer