warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kesan Mahukan Sanjungan







KESAN MAHUKAN SANJUNGAN




Kesan Mahukan Sanjungan

 

Tuhan Engkau adalah Maha Sempurna

Tidak sedikit pun cacat celanya

Puji dan puja hanya layak untuk-Mu

Puji dan puja bukan untuk makhluk-Mu

Ada orang kerana tidak sedarkan diri

Diri mahu dipuja dan dipuji

Apa sahaja usaha yang dibuatnya

Ingin orang memuji dan menyanjungnya

Baca Al Quran kerana pujian dan cari makan

Suara sedap pun waktu menyanyi mahukan sanjungan

Rupa cantik juga inginkan pujian

Dia suka kecantikannya dibualkan orang

Bercakap, berdakwah, berforum pun ingin sanjungan

Dia mahu orang memujinya di dalam perbualan

Dia mahu, dialah idola orang ramai

Namanya sentiasa di dalam sebutan orang

Apa sahaja dibuat untuk dirinya atau orang

Untuk Tuhan tidak ada di dalam ingatannya

Apalah nanti yang dia hendak sembahkan kepada Tuhan

Kerana seluruh usaha-usahanya,

untuk pujian dan sanjungan

 

21.11.2002 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer