warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kesalahan Yang Berjangkit







Kesalahan Yang Berjangkit




Kesalahan Yang Berjangkit

 

Ramai orang bersalah kerana kesalahan orang lain

Bahkan sering sahaja berlaku orang buat salah kerana kesalahan orang

Adakalanya kesalahan itu lebih besar daripada kesalahan orang terhadapnya

Mengikut Tuhan orang yang bersalah kerana orang itu membuat salah kepadanya tetap dianggap salah

Itu berdendam namanya, berdendam adalah salah dan haram

Tiada siapa yang boleh menghukum orang lain, sekalipun membuat salah kepadanya kecuali Allah Taala melalui pemerintah

Kesalahan itu mestilah dihukum mengikut ketentuan Allah atau yang tidak ditentukan adalah takdir berdasarkan kebijaksanaan hakim

Kesalahan yang berlaku kerana kesalahan orang lumrah berlaku di mana-mana sahaja di dalam kehidupan

Orang sombong dengannya dia pun berdendam dengannya, menunggu peluang untuk merosakkan orang itu, dia pun fitnah orang itu

Orang tipu dia, dia pun marah, kemudian orang itu dipukulnya

Orang fitnah dia, dia pun sakit hati, dibakarnya rumah orang itu hingga musnah

Ada orang mengganggu anak isterinya, kerana marah, dibunuhnya orang itu, kesalahannya lebih besar daripada orang itu

Ada orang menghina dia, dia pun membenci, setiap kali bertemu dimakinya orang itu

Orang curi barangnya, dia umpat merata negeri orang itu hingga orang itu malu

Tidak kurang ada orang mencerca kita, mengata-ngata kita, kita doakan dia kebinasaan atau kecelakaan

Cukup sekadar itu sebagai contoh, yang lain kiaskan sahaja

Begitulah umat Islam hari ini di seluruh dunia mereka sering berdosa kerana dosa orang lain kepadanya

Mereka melakukan kesalahan kerana kesalahan umat Islam yang lain kepadanya

Di mana ada persaudaraan? Di mana kasih sayang? Di mana perpaduan? Di mana maaf- bermaafan?

Maaf-bermaafan sudah tidak ada, bertolak ansur sudah tidak berlaku,

berlapang dada sudah hilang

 

4.3.2004 - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer