warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kerinduan Akan Kasih Sayang







Kerinduan Akan Kasih Sayang





Kerinduan Akan Kasih Sayang

 

Ramai orang yang rindukan kasih sayang, tidak kunjung datang

Ramai orang rindukan orang yang terpisah jauh mungkin ibu bapa sanak saudara tercinta

Ramai orang rindukan kampung halaman tempat dilahirkan,

sekarang dipisahkan oleh keadaan hidup

Tempat tumpah darah, tempat bermain, zaman nostalgia yang tidak boleh dilupakan

Ramai orang rindukan kekasih yang telah pergi yang tidak mungkin menemuinya lagi

Ada orang rindukan kesenangan, kerana dia miskin papa dari warisan keluarga

Macam mana agaknya rasa kesenangan itu?

Tidak kurang orang rindukan kawan-kawan sepersekolahan dan sepermainan

Sekarang segala-galanya sudah terpisah oleh keadaan hidup

Hanya tinggal kenangan lama

Tidak kurang orang rindukan guru yang tersayang

Yang telah banyak berjasa kepadanya

Memberi didikan, memberi ilmu, memberi kasih sayang

Setengah rindukan itu, mungkin juga satu hari akan tibanya masa menjadi kenyataan

Sebahagian kerinduan tidak mungkin berjumpa kerana kematian orang yang dirindu

Mungkin juga kerinduan yang dimimpikan menjelma datang tapi kecewa

Orang yang dirindu itu rupanya orang yang tidak ada responnya lagi terhadapnya

Aduh menderitanya jiwa

Dari rindu bertukar kecewa

Mungkin juga dari rindu bertukar benci

Begitulah sifat rindu tidak semuanya dapat diisi

Tapi malang sekali jarang sekali orang rindu dengan Tuhan penciptanya

Tuhan yang memberi oksijen yang membolehkan dia hidup

Tuhan yang memberi ibu dan ayah tempat bermanja

Memberi guru dapat ilmu

Tuhan yang memberi suami isteri tempat berhibur

Rupanya manusia ramai yang terjebak dengan kerinduan murahan,

adakalanya menyeksakan

Jarang sekali orang rindukan Tuhan yang hakiki, kekal abadi memberi kebahagiaan sejati

 

13.6.2004 1

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer