warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kereta Kehidupan Berjalan Laju







Kereta Kehidupan Berjalan Laju




Kereta Kehidupan Berjalan Laju

 

Kereta kehidupan kita setiap detik berjalan dengan lajunya

Dia menuju ke destinasinya

Tidak pernah berhenti

Apatah lagi patah ke belakang

Destinasinya (negara yang dituju) itu hanya ada dua tempat sahaja

Namanya Syurga dan Neraka

Syurga tempat kemuncak nikmat yang tiada tandingannya

Neraka pula tempat kemuncak penderitaan yang tiada taranya pula

Kereta kehidupan itu kerana terlalu lajunya

Kita tidak terasa dia sentiasa berjalan ke arah (yang dituju) matlamatnya

Setiap detik kita bertambah hampir ke sana

Justeru itu manusia akan terkejut, gementar dan takut

Tiba-tiba dengan tiada persediaan sudah sampai sahaja ke sana

Manusia terkejut, terbeliak biji matanya

Bekalan tiada, kalau ada pun barang-barang larangan yang sangat dimurka

Ah! Kebanyakan manusia tiada bekalan

Yang dibawanya barang larangan

Aduh! Menyesalnya tiada kesudahannya

Penyesalan yang tiada berguna lagi

Sudah terlewat, sudah terlambat

Bekalan sifat-sifat taqwa tiada

Terlalai dan terlupa kerana cuai

Yang ada bekalan-bekalan yang tidak boleh dimakan

Nerakalah tempatnya

 

3.5.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer