warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kerapuhan Ikatan Kasih Sayang







Kerapuhan Ikatan Kasih Sayang





Kerapuhan Ikatan Kasih Sayang

 

Hendak tautkan hati di antara seseorang dengan seseorang tidak mudah

Paling baik berlaku tidak berkecil-kecil hati

Namun perhubungan hati hingga rindu-merindui sampai cari-mencari

itu amat susah sekali

Kerana setiap orang ada wataknya tersendiri

Kegemaran-kegemaran masing-masing tidak sama membuatkan payah hendak serasi

Samada di segi makan minum, bekerja, hobi adakalanya berlainan sekali

Dikeranakan sebab-sebab tadi pun sudah cukup payah pertautan hati

Itu belum lagi berlaku perlanggaran sesama sendiri

Tersalah cakap, tersalah sikap, tersalah sangka, hati sudah bertambah terasa

Rasa tidak senang pun berbunga, kalau dibiarkan ia akan berbuah pula

Apabila berbuah mulalah bermasam-masam muka dan kata-mengata

Apatah lagi benar-benar tersalah dan benar-benar tersilap, kerenggangan hati lagi parah

Lebih-lebih lagi membuat salah satu sama lain jadi budaya lebih lagi bahaya

Seperti kata-mengata, umpat-mengumpat, adu-mengadu, jatuh-menjatuhkan,

hati terus pecah

Ditajamkan lagi oleh sombong memberi maaf dan sombong meminta maaf

Kasih sayang terus berkecai, di waktu itu payahlah berdamai

Hal yang tersebut boleh berlaku di antara suami isteri

Berlaku juga di antara asalnya kawan dengan kawan

Boleh berlaku di dalam satu keluarga kecil dan besar

Boleh berlaku juga di dalam satu kampung atau satu parti

Selepas itu sakit-sakit hati satu sama lain bertambah luka

Maka berlakulah kata-mengata  di depan mahupun di belakang mereka

Jika ada yang mendengar dan memihak mana-mana simpati mereka pun ikut mengata

Di waktu itu permusuhan terang-terangan diketahui oleh manusia

Orang ramai pula ikut bercerita dan mengata

Boleh jadi juga ada di di antara mereka menghasut dan mengadu-domba

Mereka yang bermusuh makin mendalam permusuhannya

Kasih sayang pun terbarai dan berkecai

Kalau ada peluang mungkin terjadi pukul-memukul, bunuh-membunuh

Begitulah kronologinya berlakunya permusuhan sampai membawa pergaduhan

dan peperangan

 

31.7.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer