warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kerana Nama Dan Glamor







Kerana Nama Dan Glamor




Kerana Nama Dan Glamor

 

Ramai orang kerana hendak nama dan glamor dia memanjat gunung,

menyeberang, merenangi lautan, mengembara ke kutub

Apakah dapat bersembahyang atau tidak, tidak diambil kira

Mereka lakukanlah bersusah payah untuk sanjungan manusia

Ada yang jatuh patah kaki, tidak kurang ada yang mati

Di waktu hendak nama dan glamor itu melanggar syariat atau As Sunnah peduli apa

Yang penting berjaya, yang penting membina nama

Media massa membuat berita, aku ada nama, bukan senang hendak terkenal

Mungkin negara menggelar aku wira bangsa

Bangsa ikut dapat nama

Boleh jadi juga aku akan diberi bintang oleh negara

Begitulah manusia di hari ini kerana nama dan glamor sanggup mati kerananya

Kalau kerana Tuhan untuk tidak berbuat bermacam-macam alasan

Susahlah, sibuklah tidak ada masalah

Kerana itulah solat Subuh sahaja ramai orang yang tertinggal

Mungkin juga solat dibuat tapi setelah matahari naik

Begitulah orang memperkecilkan Tuhan

Kerana berbagai-bagai alasan mengapa ditinggalkan

Kerana nama dan glamor tidak ada yang mustahil, boleh aja

Patut sangat mereka itu dimurka dan ke Neraka

 

4.5.2004 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer