warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Keraguan Peranan Tuhan







Keraguan Peranan Tuhan




Keraguan Peranan Tuhan

 

Kewujudan Tuhan ramai orang yang percaya,

yang longgar itu keyakinan terhadapnya

Ramai orang percaya kepada Tuhan tapi tidak yakin atau kurang yakin

dengan peranan Tuhan

Orang percaya Tuhan, tapi hendak ikut Tuhan bimbang di masa depan,

bukankah dia telah ragu dengan peranan Tuhan

Percaya kepada Tuhan, tidak redha dengan ketentuan Tuhan

kerana keyakinannya terhadap Tuhan tidak ada ertinya dengan peranan Tuhan

Tidak ada  orang yang tidak percaya Tuhan, tapi bila Tuhan uji dia kecewa,

kerana keyakinan dengan Tuhan sudah tipis.

Dia tidak anggap itu adalah didikan Tuhan untuk kebaikan kepadanya

Kepada Tuhan dia percaya tapi hendak menyerahkan nasibnya kepada Tuhan

ragu dan bimbang

ertinya sudah longgar dengan peranan Tuhan terhadap dirinya

Sudah ramai umat Islam yang bersifat yang digambarkan

Sekalipun mereka beribadah, bersembahyang dan lain-lainnya

Jadi iman itu sangat mahal kerana itulah ia dijadikan aqidah yang asas

Iman itu adalah gabungan percaya dengan yakin

Amat susah sekali hendak menggabungkan kedua-duanya sekali

Percaya sahaja tapi tidak yakin dengan peranan Tuhan rosaklah iman

Oleh itu kenalilah Tuhan dengan baik

Perlu ada ilmu, perlu faham dan menghayatinya

Hingga benar-benar  percaya dan yakin dengan peranan Tuhan

Jangan sekadar percaya dengan zat Tuhan tapi tidak percaya dengan peranan Tuhan

Mengenali-Nya itu sampai peringkat takut dan cinta dan percaya dengan peranan Tuhan

Barulah ada side effectnya pada diri ahli ibadah

iaitu membuahkan akhlak yang mulia

Barulah dipandang indah ahli ibadah

Kerana ada bunga diri yang disenangi oleh manusia

Barulah ahli ibadah itu dipandang mulia

Sekarang ini ahli ibadah macam pokok yang sudah kering

yang sudah tidak ada bunga dan buah

Pokok kering manalah ada keindahannya lagi

Bunganya tidak ada, buahnya apatah lagi

perhatian orang sudah tidak ada lagi

 

3.7.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer