warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kepulanagnku Dari Labuan







Kepulanagnku Dari Labuan





Kepulanagnku Dari Labuan

 

Apabila aku  naik kapal terbang degup jantungku bergelombang,

takut  dan bimbang menyerang,

jiwa tidak tenang,

fikiran tidak keruan datang,

pergantunganku dengan T kuat datang,

kalaulah rasa bertuhan dan takut kepadanya kekal datang,  

rasa kehambaan tidak kunjung padam seperti di atas kapal terbang,

alangkah indah nya,

semacam itulah yang Tuhan mahu berlaku kepada hambanya,

disini menunjukkan takut tidak selamat lebih kuat daripada takut kepada Tuhan,

padahal takut dengan tuhan itulah yang tuhan kehendaki,

Tuhan lebih hebat daripada segalanya,

sekalipun kegoncangan kapal terbang,

Tuhan dengan rahmatmu  berilah aku sedikit rasa takut denganMu,

rasa takutku dengan Mu akan mensyafaatkan aku,

rasa  akan meredakan ke murkaan mu terhadapku,

takutku dengan mu Tuhan yang kau  mahu,

ia lebih bernilai dari solat sunat.

kepulanagnku dari labuan,

ramai yang menunggu,

kawan-kawanku dan simpati-simpatiku janganlah tunggu aku,

aku bukan wira yang berjasa,

aku hanya orang biasa yang sentiasa berdosa, aku  bukan pemimpin negara,

aku bukan tokoh agama mengikut pandngan ramai,

aku hanya seorang bekas tahanan isa,

aku malu disambut beramai-ramai,

siapalah aku,

akau tidak suka publisiti kerana tidak sepadan dengan jasaku,

aku malu sungguh malu kawan,

yg penting doakan aku,

aku tidak mahu orang  tonjolkan aku,

sekiranya aku  ini ada pandnagan Tuhan ,

tuhan tahulah apa dia akan buat utkku, pengakuan Tuhan itu lebih murni dan hakiki, pengakuan manusia itu ramai yang pura-pura atau ada udang disebalik mee atau

membuatkan orang lain dengki dan sakit hati, aku tak suka macam pemimpin yang menonjolkan diri  minta disanjung dan dihormati,

sanjungan manusia selalu palsu kita mahu sanjungan Allah

sekalipun manusia tak kenal

sanjungan manusia tak sampai ke akhirat,

sanjungan Tuhan sampai ke akhirat.

 

26hb oktober 2004

di atas kapal terbang

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer