warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Keperluan Manusia Terlalu Banyaknya







Keperluan manusia terlalu banyaknya




Keperluan Manusia Terlalu Banyaknya

 

Keperluan manusia terlalu banyaknya

Untuk mendapatkan keperluan hidup itu memang dibenarkan

Keperluan hidup manusia itu di antaranya :

Ialah makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan,

Alat-alat kemudahan di dalam mengendalikan kehidupan terlalu banyak pula

Isteri atau suami sebagai kawan di dalam kehidupan dan juga untuk hiburan

Anak dan cucu untuk menyambung perjuangan

Tapi ramai manusia dirosakkan oleh keperluan-keperluannya

Sama ada rosak di dalam mencari atau rosak di dalam menggunakannya

Kerana itulah manusia perlu kepada Tuhan

Sebagai idola dan cinta agungnya untuk memelihara, mentadbir, menjaga

Memimpin dan menyelamatkannya

Syariatnya itu adalah jalan atau panduan di dalam mengendalikan keperluan hidup manusia

Sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan idolanya

Dan juga menjadikan syariat-Nya panduan di dalam mengendalikan keperluan kehidupannya

Pasti Tuhan akan selamatkan mereka daripada dirosakkan oleh keperluan kehidupannya

Sesiapa yang kehilangan Tuhan dan tidak berpandukan syariat-Nya

Mereka akan rosak, dirosakkan oleh keperluannya sendiri.

Keperluan manusia itulah yang menghancurkan kehidupan manusia

Sama ada disedari atau tidak disedari

Sedangkan keperluan kehidupan manusia itu adalah kawan di dalam hidupnya

Tapi kebanyakan kawan-kawannya itu tidak setia

Kerana selalu sahaja menipu dan mengkhianatinya

 

27 Muharam1421

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer