Kenangilah Kedudukan Mereka
Kenangilah Kedudukan Mereka
Kasihanilah, simpatilah dengan fakir miskin
Mereka kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang
Menyara anak yang banyak,
tempat tinggal pula tidak selesa
Sedangkan merekalah yang menyediakan keperluan
rakyat dan negara
Makan, minum penduduk merekalah yang buat
Tempat tinggal rakyat merekalah bina
Kenderaan rakyat merekalah buruh kasarnya
Pakaian rakyat yang berbagai jenis
mereka jugalah yang membuatnya
Padahal gaji mereka tidak seberapa
Hendak menyara hidup anak-anak dan keluarga
Tempat tinggal hanya gerobok buruk yang menyedihkan
Di waktu sakit, untuk berubat pun duit tidak ada
Merekalah menyediakan pakaian rakyat,
pakaian mereka menyedihkan
Mereka menyiapkan makanan rakyat,
makanan mereka ala kadar
Merekalah buruh kereta,
mereka tidak punya kereta
Kasihanilah mereka, simpatilah mereka,
bantulah mereka
Wahai orang-orang kaya bantulah mereka,
walaupun mereka tidak meminta
Bertimbang rasalah dengan mereka,
mereka sungguh banyak jasa kepada kita
Kalau bukan kerana mereka,
tentulah susah mendapat keperluan kita
Kenanglah jasa mereka,
dengan memberi bantuan sedikit kepada mereka
23.11.2002 – 2
Selepas Tarawikh
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 734 reads
Post new comment