warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kenalilah Allah







KENALILAH ALLAH




KENALILAH ALLAH

Allah adalah Tuhan

Pencipta, pentadbir dan penentu

Kita boleh berusaha

Itupun gerakan dari Tuhan

Bukan berkuasa mencipta usaha

Cuma terasa macam ada kuasa

Kita berusaha mengikut apa yang digariskannya

Di hujung usaha sudah ditentukan

Kalau hasilnya baik, pujilah Tuhan

Kerana anugerahnya dan nikmatnya

Jika hasilnya negatif

Mengakulah salah sendiri sebagai beradab dengan Tuhan

Kenalilah Tuhan melalui sifat-sifatNya

Faham sifat-sifatNya dan kerja-kerjaNya

Kita tidak sombong dengan kejayaan

Kalau kita gagal dalam usaha

Redha pula kita menerimanya

Tentu ada maksud yang tersirat dari kejadian

Kita sebagai hamba menerima sahaja

Usaha ini syariat yang diperintah

Di sinilah letaknya pahala

Tapi ia tidak menentukan nasib kita

Sekalipun kita diperintah berusaha

Nasib kita Tuhanlah yang menentukan

Aduh,

Aku tidak tahu nasib aku ke mana?

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer