warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kenali Mazmumah Kita







Kenali Mazmumah Kita




Kenali Mazmumah Kita

 

Jika seseorang itu tidak takutkan Allah

Mazmumah-mazmumah nafsu pun terserlah macam lahar gunung berapi muntah

Bahkan setengah orang berbangga dengan mazmumah

Cuma satu sama lain mazmumah yang terserlah tidak sama mengikut kedudukan

Jika ulama mazmumah yang terserlah dengki, sombong dan pemarah

Kalau para-para penyanyi lain pula riyak dan megah, nama dan glamor

mazmumah utama mereka

Sekiranya kaya, sombong, tamak, bakhil, megah, hidup nafsi-nafsi  pula

Jika  dia pemimpin sombong, menzalim, pantang dicabar

Jangan ditegur, kalau ada saingan dengki pun tiba

Kalau ada kuasa akan diusahakan tuduhan untuk munasabah ditangkap

dan dipenjara saingannya

Jika perempuan, terutama yang muda remaja lain pula mazmumah yang terserlah

Suka  bersolek dan bercantik-cantik, menunjuk-nunjuk, malu pun hilang,

suka keluar rumah dan berfoya-foya

Ramai orang laki-laki dirosakkannya

Setidak-tidaknya laki-laki mata keranjang bertambah matanya liar

memandang dengan rakus

Jika dia golongan miskin, atau rakyat bawahan rendah diri yang datang

Malu hendak bergaul dengan orang kerana kekurangan

Sekiranya sasterawan penyakit syok-syok sendiri pun datang, mabuk rasa yang bukan rasa bertuhan yang bertakhta

Lalai dengan kata-kata dan bahasa

Sampai ke tua satu kemajuan pun tidak ada

Orang orang ramai yang tidak bertaqwa macam mereka memuja-muja,

menyanjung-nyanjung tidak tentu fasal

Begitulah gambaran peringkat-peringkat manusia yang tidak takut Tuhan

Hidup tanpa rasa bertuhan, tidak ada tujuan selepas itu mati terkejut dengan kehidupan yang baru

yang selama hidup tidak difikirkan

 

20.2.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer