warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kenagi Jasa Guru







Kenagi Jasa Guru





Kenagi Jasa Guru

 

Jasa guru janganlah kita lupakan

Kerana merekalah kita dapat ilmu dan kepandaian

Hormatilah dan hubungilah kasih sayang dengan mereka

Sekalipun kita sudah berpangkat dan berkuasa

Kenangilah jasa guru sepanjang masa

Agar ilmu yang dapat itu diberkati Tuhan

Doakan guru kita akan dapat keselamatan

Begitulah caranya kita mengenang jasa  guru kita

Salah dan silapnya kita maafkan sahaja

Kerana jasanya lebih besar lagi kepada kita daripada kesilapannya

Anggaplah guru itu macam ibu bapa kita

Dengan ibu bapa takkan kita hendak berdendam pula

Orang yang berbudi tidak ambil hati sikap gurunya

Guru memanglah kadang-kadang dia marah untuk kebaikan kita

Jangan pula kemarahan guru itu kita benci

Kalau benci akan diiringi dengan dendam sampai mati

Seorang murid taatkan guru adalah wajib

Taat itu mudah dapat ilmu dan diberkati

Guru sayang, guru suka dan bangga dengan kita

Janganlah derhaka dengan guru, Tuhan murka

Sekali lagi diingatkan guru kenalah dihormati

Kenangilah jasa mereka memberi kita ilmu yang berguna

Dengan guru janganlah dimusuhi dan dibenci

Kerana jasanya kepada kita terlalu banyaknya

 

12.6.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer