warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda







Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda




Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda

 

Miskin dan kemiskinan telah dijadikan bahan propaganda

Kemiskinan telah dijadikan isu menyalahkan dan tuduh-menuduh di kalangan pejuang-pejuang

Miskin dan kemiskinan telah dijadikan isu mencari nama dan glamour

Sepatutnya miskin dan kemiskinan tempat orang-orang yang berjuang membela mereka

Menggembar-gemburkan orang miskin adalah satu penghinaan terhadap mereka

Sudahlah mereka miskin, dijadikan alat pula oleh pejuang-pejuang mencari nama

Fakir miskin bukan sahaja semua golongan patut membantu dan menolongnya

Bahkan mereka didekati, diziarahi dan duduk bersama mereka

Hati mereka perlu dijaga

Bukan sahaja bantuan material patut diberi kepada yang tiada empunya

Yang lebih utama kasih sayang patut diberi untuk rohani mereka

Kemiskinan bukan boleh diselesaikan dengan meriuh-rendahkan berita mereka

Yang penting bantuan diberi, berita mereka jangan didedah ke seluruh dunia

Mereka pun ada maruah, air muka kenalah dijaga

Berita mereka didedahkan, mereka tentu mendapat malu sebagai manusia

Kecuali mereka yang maruah diri sudah musnah sama sekali

Sepatutnya semua golongan maruah mereka patut dijaga

Berilah pertolongan secara senyap-senyap, tanpa masyarakat umum tahu

Didiklah mereka lahir batin

Agar kesusahan orang ramai dibantu, mereka tidak pula meminta-minta

 

Selepas ekspedisi

2.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer