warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kemiskinan Dan Kekayaanlah Yang Memisahkan Di Antara Dua Keluarga







Kemiskinan dan kekayaanlah yang memisahkan di antara dua keluarga




Kemiskinan Dan Kekayaanlah Yang Memisahkan Di Antara Dua Keluarga

 

Keluarga yang kaya dan berada boleh memutuskan silaturrahim

dengan keluarga yang miskin dan papa

Kerana malu hendak rapat dengan keluarga yang tidak punya apa-apa

Boleh jadi takut keluarga yang miskin meminta-minta sahaja

Keluarga yang miskin pula malu hendak dekat dengan keluarga yang kaya

Kerana kemiskinannya itulah mereka menyingkirkan diri dari keluarga

Mereka takut dituduh kerana hendak meminta-minta sahaja

Kemiskinan dan kekayaanlah yang memisahkan di antara dua keluarga

Kesusahan dan kesenanganlah yang memutuskan hubungan saudara

Padahal di zaman kanak-kanak mereka duduk di dalam satu bumbung

Di waktu di bawah naungan ibu bapanya

Paling tidak mereka sama-sama sepermainan di zaman kanak-kanak

Makan bersama mandi bersama

Adakalanya ibu bapa masing-masing dirasa ibu bapa bersama

Rupa-rupanya hubungan itu tidak sampai ketua

Kerana dipisahkan oleh dua status kehidupan yang tidak sama

Begitulah berlaku di dalam kehidupan bilamana harta kekayaan menjadi agama

Atau kekayaan, darjat dan pangkat menjadi tuhan manusia

Maka Allah Tuhan yang sebenarnya sudah tidak dipedulikannya

 

19.10.2002 4

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer