warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kemerdekaan Sejati







Kemerdekaan Sejati




Kemerdekaan Sejati

 

Kemerdekaan adalah hidup permulaan pada satu bangsa

Kerana kebebasan baru bermula di tangan mereka

Selepas itu berkewajipan mengisi di dalam negara

Ini bererti perjuangan rakyat mesti diteruskan

Mengisi kemerdekaan bukan setakat membangunkan material

Sekadar itu semua bangsa boleh bangunkan

Tidak juga sekadar mengusahakan rakyat menjadi pandai

Hal ini orang Barat boleh jadi model

Mengisi kemerdekaan lebih berat dari itu

Menanamkan kesedaran kepada rakyat terhadap Tuhan yang Esa

Taatkan Allah, mengikut Rasul, cintakan Akhirat

Mengguna seluruh nikmat untuk semuanya itu

Isi lagi kemerdekaan itu setiap waktu

Tanamkan kasih sayang agar tercetus bersatu padu

Lahirlah hidup harmoni dan bekerjasama

Hidup bersama, tiada kasta-kasta, bertolong bantu

Berlumba-lumba membuat kebaikan, berkhidmat kepada semua

Kepentingan diri diketepikan, kepentingan agama dan bangsa diutama

Jasa kita lupakan saja jangan diungkit-ungkit

Hapuskan kemungkaran perangilah  kezaliman warabbun ghafur

 

31.9.95

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer