warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kemenangan Telah Mula Nyata







Kemenangan Telah Mula Nyata





Kemenangan Telah Mula Nyata

 

Tanda kemenangan telah mula nyata

Kejayaan ini sudah hampir benar tiba

Pemimpin yang maha zalim dan kroni-kroninya sedikit masa lagi akan terhina

Pemimpin yang  membawa kebenaran akan menggantikannya

Tanda-tanda ini ialah hati dan jiwa telah mula bertaut

Kasih sayang telah mula berbunga

Ibadah telah mula terserlah dan kemas di kalangan Ikhwan

Terutama sembahyang merata-rata manusia membaikinya

Terutama di kalangan Ikhwan akhir zaman

Pengorbanan telah mula macam angin kencang

Air mata pun telah banyak yang berguguran

Krisis di kalangan musuh makin tajam

Ruhbanun Fillail Wa Fursanun Finnahar telah berlaku di kalangan pejuang-pejuang

Macam-macam berita ghaib yang datang membawa berita

Dari berbagai-bagai sumber di kalangan bangsa-bangsa

Sekalipun dari kalangan kafir durjana

Ciri-ciri di dalam jemaah yang dijanjikan telah hampir sempurna

Tunggulah bersama membaiki diri lebih serius lagi

Kemenangan pasti terjadi

Kerana ia adalah janji Tuhan

Zaman gemilang Islam pasti datang

Kerana ia adalah sabda Nabi akhir zaman

 

Lepas Zuhur

5.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer