warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kemelut Masyarakat Hari Ini Perlukan Seorang Penyelamat







Kemelut masyarakat hari ini perlukan seorang penyelamat




Kemelut Masyarakat Hari Ini Perlukan Seorang Penyelamat

 

Di waktu ini di negara kita, setiap jemaah atau kumpulan atau parti masing-masing mengaku benar

Setiap kumpulan menuduh kumpulan yang lain adalah salah

Yang lebih parah lagi ada yang menuduh kumpulan yang lain sesat lagi menyesatkan

Ada yang kena tuduh sudah kafir, ada yang kena tuduh khawarij, ada yang kena tuduh membawa ajaran sesat

Yang menghairankan orang yang tidak bersembahyang pun menuduh orang sesat

Tidak kurang juga kaki rasuah, zina, penipu, dedah aurat menuduh orang sesat

Di waktu pilihan raya, di ketika hendak bertanding suara, banyak yang datang berjumpa bomoh

Bomoh yang membawa ajaran karut dan khurafat

Mereka-mereka ini juga mudah menuduh orang sesat

Padahal mereka telah terjebak dengan ajaran syirik

Ertinya orang yang sudah sesat, menyesatkan orang

Adakalanya orang yang baik kena sesatkan

Kerana kalau orang ramai sudah banyak yang batil

Sudah tentulah yang benar disesatkan orang

Apabila berlaku masyarakat yang semacam ini

Siapa pun tidak boleh menyelesaikan masalah

Tidak ada orang tengah yang menjadi pendamai

Pemimpin-pemimpin yang ada tidak lagi jadi penyelamat

Hanya menunggu bantuan Allah yang Maha Berkuasa

Menunjukkan seorang pemimpin yang ada keramat dan berkat

Yang akan boleh menyelamatkan keadaan

Seolah-olahnya seperti kedatangan rasul di tengah umatnya

Ertinya perlu seorang pemimpin yang berwatak rasul di dalam kemelut masyarakat

 

15.8.2001 - 2     

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer