warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kekalkan Rasa Kehambaan







Kekalkan Rasa Kehambaan




Kekalkan Rasa Kehambaan

 

Seorang hamba mengekalkan rasa kehambaannya itulah kemuliaannya

Rasa hina seorang hamba di situlah darjatnya

Rasa lemah, rasa bersalah, di situlah keindahannya

Rasa malu, rasa berdosa walaupun tidak buat dosa bukan pula satu kehinaan

Seorang hamba yang merendah diri, di situlah dia dipandang tinggi

Pangkat diberi di hadapan manusia, di situlah kehinaannya

Orang ramai memandang benci kerana ingin dimuliakan

Seorang hamba yang sedarkan diri, di situlah nilai dirinya

Ke mana pergi Tuhan suka, manusia juga ikut suka

Setiap kesalahan yang dilakukan dengan manusia, segera memohon maaf

Di situlah kebesaran dan keagungannya

Indah sekali seorang hamba yang mengekalkan rasa kehambaan

Di situlah letaknya kasih sayang Tuhannya

Hamba yang mengangkat diri atau membesarkan diri dipandang hina

Allah menghina, Rasul menghina, manusia juga turut membencinya

Hamba yang tidak sedarkan diri orang benci

Kekalkanlah rasa kehambaan

Memang kita hamba yang hina

Kalau ada orang memuliakan, hati jangan berbunga

Lahirnya terimalah kerana hajat manusia

Kerana mereka ingin mendapat pahala

Menghormati manusia memang diperintah tapi jangan dipinta

Hormat-menghormati sesama manusia tidak ada salahnya

Mengagungkan manusia itulah yang salah

 

Selepas ekspedisi

6.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer