warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kejatuhan Moral Tidak Dicemaskan.







Kejatuhan moral tidak dicemaskan.




Kejatuhan Moral Tidak Dicemaskan.

 

Kejatuhan ekonomi seluruh dunia heboh orang memperkatakannya

Jatuhnya saham-saham ramai orang yang cemas

Terutama pemain saham di kalangan ahli perniagaan

Ekonomi jatuh dibualkan orang di mana-mana

Di kedai kopi, di pejabat, di lobi-lobi hotel bahkan di masjid-masjid menjadi isu utama

Macamlah memperkatakan gunung berapi meledak atau gempa bumi memusnah

Tapi akhlak rosak tidak pula  dibual-bualkan orang

Akhlak rosak tidak ramai orang yang sedih dan cemas

Kerana kerosakan akhlak itu telah menjadi budaya bersama

Dari orang besar hinggalah rakyat jelata

Dari cerdik pandai hinggalah orang yang bodoh

Dari orang kaya hinggalah orang miskin dan papa

Cuma kerosakan di kalangan mereka tidak sama

Ada yang gila nama, glamor, minta disanjung, minta dikenang jasanya, minta dipuji

Ada yang pakaian seksi, tunjuk bodi, menggiurkan nafsu orang laki-laki

Ada yang sombong, angkuh, megah, hidup nafsi-nafsi

Ada yang bergaul bebas laki-laki perempuan, cakap lucah, jadi basahan

Ada yang kerjanya mengumpat, mencerca, mengata,

menfitnah dan berbohong perkara biasa

Begitulah hari ini kejatuhan ekonomi dicemaskan dan dibual-bualkan

Kejatuhan moral, biasa sahaja, tidak pun dibual-bualkan orang,

tidak pun dicemaskan orang

Seolah-olah ia tidak merbahaya kepada manusia dan negara

 

18.4.2003 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer