warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga







Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga




Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga

 

Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya

Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya

Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya

Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya

Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya

Cari Syurga atau fadhilatnya, ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya

Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk

Memperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utama

Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada

Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada

Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan

Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan

Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat

Perangainya tidak berubah

Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya

Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat

Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya

Carilah Tuhan

Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama

Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan

Cari Syurga atau fadhilat, Syurga atau fadhilat belum tentu dapat  

Tuhan sudah tentu tidak dapat

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan

Kerana Dia pencipta kita

Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai

Betulkan semula fungsi ibadah kita

Agar matlamat ibadah itu tepat kepada

 

Menjelang tidur

12.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer