warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kejadianmu Adalah Untuk Merasai Kebesaran Nya







Kejadianmu adalah untuk merasai kebesaran-Nya




Kejadianmu Adalah Untuk Merasai Kebesaran-Nya

 

Tuhan menjadikan mata engkau bukan sekadar engkau hendak tahu najis apa dan apa warnanya

Hingga engkau dapat ilmu daripada penglihatannya

Tapi Tuhan mahu supaya engkau merasa kebesaran dan kuasa Tuhan pada benda yang engkau pandang itu

Agar engkau membesarkan dan mengagungkan-Nya

Tuhan memberi engkau pendengaran bukan sekadar halwa telinga

Atau dapat membezakan suara-suara makhluk-Nya

Juga ia merupakan sumber pengetahuan buat insan

Tapi Allah mahu supaya engkau terasa betapa kuasa-Nya dan rahmat-Nya kepada manusia

Tuhan mejadikan akal bukan sekadar engkau boleh berfikir dan mengkaji sesuatu hingga engkau dapat pengetahuan dan pengalaman

Tapi Tuhan mahu supaya engkau terasa kasih sayang-Nya serta rahmat-Nya kepada engkau

Dan patut engkau terasa malu kepada-Nya

Agar engkau menjadi tawadhuk dan merendah diri

Bukan membesarkan diri kerana kebolehan engkau

Begitu juga engkau ada hati, padanyalah engkau ada perasaan

Perasaan itu pula datang berbagai-bagai rasa mengikut keadaan

Keadaan yang engkau lihat, yang engkau rasa, mengikut keadaan

Keadaan yang engkau lihat, yang engkau dengar dan yang engkau fikirkan

Supaya engkau terasa Maha Kuasa-Nya dan Pentadbirnya Tuhan dengan penuh bijaksana

Yang boleh membolak-balikkan perasaan insan

Yang engkau sendiri tidak mampu mengkontrolnya apabila tiba masanya

Agar engkau terasa lemah inginkan pertolongan Tuhan

Supaya engkau dapat menetapkan pendirian engkau

Jangan sampai engkau tergelincir pegangan dan keyakinan engkau terhadap kebenaran

Bukan engkau hendak lajakkan apa  yang engkau rasa sekalipun bertentangan dengan kehendak Tuhan

Di sinilah engkau perlukan mujahadah

Dan di sini jugalah engkau perlu bantuan Tuhan

Di sini ramai manusia yang gagal berfungsi

Iaitu apa yang dia dengar, lihat, fikirkan dan rasa yang dapat dihubungkait dengan Tuhan

 

9 Safar 1421

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer