warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kejadian Ciptaanku







Kejadian Ciptaanku





Kejadian Ciptaanku

 

Tuhan! Kejadianku daripada tanah

Tanah adalah hina, dipijak-pijak orang, dilemparkan orang najis-najis,

kekotoran dan sampah sarap ke atasnya

Orang pijak dan orang buat berbagai perkara di atasnya

Tanah dia sedar bahawa dirinya hina, boleh menerima kehinaannya itu bentuk apa sahaja

Lakukanlah ke atasnya dia boleh menerima tanpa bantahan

Tanah boleh terima apapun yang dibuat kepadanya

Pijaklah tidak mengapa! Lemparlah apa sahaja kepadanya,

Buatlah apa sahaja kepada aku, aku redha

Seolah-olah begitulah tanah berkata kalau dia boleh bersuara

Tanah kalau dicurahkan air kepadanya tetap diserapnya ke dalam badannya

Air adalah simbol rahmat dan berkat, ia mudah menerimanya dan tidak menolaknya

Kalau air itu berlebih pula daripada yang terserap, air itu sangat berguna

kepada benda lain pula

Boleh diminum oleh makhluk Tuhan, boleh pula membersihkan najis

dan kekotoran di belakangnya

Kerana redhanya tanah itu subur pula oleh air dan sampah sarap ke atasnya

Kerana suburnya orang bertani di atasnya, ramai makhluk yang mendapat manfaatnya

Di atasnya juga orang memelihara ternakan menjadi hasil pula kepada negara

Orang bangunkan kemajuan, orang bangunkan tempat tinggal dia terima sahaja

Tanah (bumi) kerana tawadhuknya ramai makhluk dan manusia mendapat manfaatnya

Sungguh banyak budinya kepada manusia dan makhluk Tuhannya:

Tuhan! Begitulah kejadian tanah, begitulah tabiat tanah sentiasa merendah diri

setiap masa

Buat apa sahaja ke atasnya boleh dia terima

Kesan dari itu banyak khidmatnya kepada makhluk dan manusia

Tuhan! Aku adalah dijadikan daripada tanah, aku hina

Kerana kejadianku daripada tanah hina, Engkau kekalkanlah tabiat

dan sifatku macam tanah

Jadikanlah aku orang tawadhuk macam tanah itu

Kalau orang hendak kata dan hina aku, jadikanlah aku boleh menerimanya

Aku redha dengan kata-kata penghinaan itu kerana aku memanglah hina,

sesuai dengan kejadianku

Tuhan! Engkau jadikanlah aku boleh berkhidmat kepada manusia

dengan berbagai caranya

Sesuai dengan tanah kejadianku, yang banyak berkhidmat kepada manusia makhluk-Mu

Jadikanlah aku boleh berkhidmat dengan manusia

Dengan ilmuku, dengan fikiranku, dengan tenagaku, dengan hartaku,

dengan kemaafanku, dengan kasih sayangku

Dengan senyumanku, dengan kemesraanku, dengan kesabaranku

Tuhan! Engkau kekalkanlah tabiat dan sifat tanah itu pada diriku hingga tiba kematianku

Yang mana aku dari tanah dijadikan, bertabiat tanah kekalkan, kepada tanah aku akan dikembalikan dan terimalah aku bersama redha-Mu

 

16.9.2004 2

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer