warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kehidupan Yang Adil







KEHIDUPAN YANG ADIL




Kehidupan Yang Adil

 

Bagaimanalah engkau dua suami isteri selepas 2 / 3 tahun tidak bercerai

Kalaupun tidak bercerai tapi sepanjang masa bercakaran

Perbalahan berlaku setiap masa, tiada bahagia

Sebelum engkau kedua diijabkabulkan engkau berdua-dua sudah ke sini dan ke sana

Engkau sudah berdua-duaan beberapa tahun berbulan madu lebih dahulu

Ibarat tebu manisnya engkau kedua telah habiskan

Setelah ijab-kabul tebu sudah tinggal hampasnya

Makan hampas memanglah tercekik selalu

Hampas dimakan memanglah batuk-batuk berlaku

Bolehkah suami isteri yang terbatuk-batuk sahaja aman bahagia?!

Keindahan hidup secara tidak sah engkau telah habiskan

Setelah tidak ada erti apa-apa lagi barulah engkau kedua disahkan

Setelah tebu menjadi hampas, baru engkau kedua dirasmikan

Waktu engkau kedua bertemu selepas disahkan debaran sudah tiada

Tanda tanya macam mana? Dan bagaimana? Sudah terjawab di masa yang lalu

Kerana pertanyaan-pertanyaan begini sudah berlaku di waktu engkau kedua di dalam keadaan haram

Bagaimanalah perkongsian hidup kamu berdua boleh bahagia dan tenteram

Bahagianya sudah dihabiskan di waktu tidak sah

Selepas sah hanya yang tinggal sampahnya

Kalaupun tidak bercerai krisis sepanjang masa

Kalau begitu bahaya sekali perkahwinan dilakukan

Sudah lama berjumpa dan bertemu

 

18.10.2002 2

Malam

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer