warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kehidupan Orang Tuhan Berbeza







Kehidupan Orang Tuhan Berbeza





Kehidupan Orang Tuhan Berbeza

 

Pengikut-pengikut syaitan dan iblis perjuangannya, Tuhan hamparkan permaidani merah

Tempat tinggal mereka istana-istana tersergam gagah, besar dan indah

Mereka mempunyai emas dan perak, intan berlian, kebun yang luas

Kerana dunia ini pada Tuhan tidak ada nilai sekalipun setimbang sayap nyamuk

yang murah

Patutlah dianugerahkan kepada mereka dunia ini agar di Akhirat tidak ada lagi habuannya

Seperti Namrud, Firaun, Qarun dan mereka-mereka yang serupa dengan mereka

Orang-orang Tuhan seperti para-para Rasul, anbiya dan auliya

Tuhan layan mereka lain pula caranya

Kalau mengikut ukuran orang dunia mereka itu macam terhina sahaja nampaknya

Tuhan layan mereka aduh sungguh hiba ceritanya

Perjuangan mereka dihamparkan dengan batu-batu kerikil dan duri-duri yang tajam

yang mencucuknya

Tempat tinggal mereka ala kadarnya macam orang biasa sahaja

Bahkan mereka macam tidak ada rumah, hidup mereka pindah-randah sahaja merata-rata

Mereka sentiasa dikejar-kejar dan diburu oleh musuh-musuhnya

Kerana Tuhan hendak anugerahkan hidup yang indah di Akhirat sana

Tuhan dera mereka di dunia

Tapi mereka faham mengapa Tuhan lakukan kepada mereka begitu rupa

Jiwa mereka tenang, bahkan rasa indah macam hidup di dalam istana yang indah

Orang yang tidak faham apatah lagi yang tidak kenal Tuhan mengejek-ngejek mereka kerana dhaifnya tempat tinggal mereka

Para Rasul, anbiya dan auliya mereka, hidupnya simple sahaja

Mereka orang dunia itu tertipu dengan nikmat dunia, di Akhirat sana dicampak ke Neraka

Sungguh berbeza hidup orang syaitan dan orang Tuhan

Macam di antara langit dengan bumi jaraknya

Orang syaitan penuh bangga, ingin duduk lama di dunia, berlagak macam ada kuasa

Body guard di kelilingnya, dengan kebesarannya penuh hebat dengan sombongnya

Tapi sakit juga, letih juga, mana ada kuasa menolaknya

Namun demikian tidak sedar juga, rasa ada kuasa

Mana ada kuasa akhirnya umur tua juga walaupun tidak suka

Sudah tua badan sudah lemah, sakit-sakit pula tidak sedar juga

Tidak juga kembali kepada Tuhan, akhirnya mati juga tinggal sejarahnya sahaja

Orang Tuhan di bumi penuh rendah diri, serendah bumi

Tawadhuk dengan Tuhannya di situlah rasa indah jiwanya, tenang perasaannya

Makin rendah diri, makin terasa tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa

Tuhan yang berkuasalah yang menjaganya, mengawalnya, sungguh indah dirasa

Rupanya rasa tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa di situlah ketenangannya,

bahkan keindahannya

Mereka menunggu mati dari detik ke detik, angan-angan kosong tiada

Menunggu mati kerana ingin bertemu kekasih agungnya itulah Tuhannya

 

8.9.2004 3

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer