warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kehendakmu Dan Kehendakku Biarlah Selari







Kehendakmu dan kehendakku biarlah selari




Kehendakmu dan kehendakku biarlah selari

 

Tuhan! Engkau suruh aku bermujahadah

Aku cuba bermujahadah, mujahadahku adalah kehendak dan kuasa Engkau,

aku tiada kuasa apa-apa

Kalau Engkau kehendaki jadi, jadilah mujahadahku

Engkau arahkan aku menjauhi dosa

Aku berusaha meninggalkannya, usahaku juga adalah di dalam kekuasaan

dan kehendak Engkau

Aku tidak ada kuasa sedikit pun di dalam soal ini

Kalau aku gagal ampunkanlah aku Tuhan

Tuhan! Engkau suruhku melaksanakan suruhan Engkau

Aku berusaha melakukannya,

tapi aku telah katakan usahaku juga adalah kepunyaan Engkau

Kalau aku lemah melaksanakannya ampunkan aku Tuhan

Aku adalah hamba-Mu, lemah, dhaif, tiada kuasa pun

Walaupun aku berkehendak membuat baik dan menjauhkan kejahatan

Kehendakku juga adalah tertakluk dengan kehendak dan kuasa Engkau

Jika kehendak Engkau berlawanan dengan kehendakku,

kehendak Engkau jugalah yang berlaku dengan hikmah yang tersembunyi

Kehendakku terbatal sama sekali dengan keadilan Engkau

Padahal kehendakku yang terbatal itu

adalah juga dari kuasa dan kehendak Engkau pada hakikatnya

Aku hamba-Mu tiada kuasa apa-apa

Segala-galanya bergantung dengan kuasa dan kehendak Engkau

Dengan rahmat-Mu Tuhan aku pohon  kepada-Mu

segala kehendakku yang baik biarlah selari dengan kehendak Engkau

Sudah tentu kehendakku itu terjadi

Jika kehendakku yang jahat itu, walaupun hakikatnya dari kehendak dan kuasa Engkau

Engkau kan ada kehendak yang tersendiri pula

Biarlah kehendakku itu yang berlawanan dengan kehendak Engkau,

agar ia tidak terjadi

Agar aku terselamat dari dosa dan derhaka

Takdirkanlah aku membuat kebaikan itu sama dengan kehendak Engkau

Jika ditakdirkan juga segala kejahatan yang Engkau kehendaki biarlah Engkau takdirkan juga dengan tidak kehendak Engkau

Jika  kegagalan itu bersamaan dengan kehendak dari Engkau ia tidak akan terjadi, selamatlah aku

Tuhan! Segala kebaikan untukku, aku serahkan kepada-Mu Tuhan mentakdirkannya

Agar kehendakku itu terjadi, beruntunglah aku

Memang setiap kebaikan dan kejahatan yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi

Maha Suci Engkau daripada menzalim

 

6.5.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer