warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kehendak Tuhan







Kehendak Tuhan





Kehendak Tuhan

 

Kalau Tuhan mengkehendaki sesuatu, tidak ada yang mustahil padanya

mesti ia berlaku atau terjadi

Di ketika Tuhan berkehendak melakukannya, yang tidak logik pun boleh berlaku

Kehendak Tuhan tidak bergantung kepada logik ataupun tidak logik,

jika Dia berkehendak jadi, jika Dia tidak berkehendak tidak terjadi

Tuhan boleh melakukan sesuatu tanpa logik ia terjadi

Tuhan juga boleh menjadikan sesuatu yang logik berlaku

Logik atau tidak logik jika Tuhan berkehendak sesuatu ia pasti berlaku

Logik atau tidak logik Tuhan juga yang menjadikannya

Oleh itu janganlah kita yakin berlaku sesuatu hanya atas dasar logik sahaja

Kerana banyak perkara yang tidak logik berlaku atau terjadi

Ditakuti kita menuduh Tuhan secara tidak langsung

bahawa Tuhan tidak mampu melakukan sesuatu yang tidak logik kecuali yang logik

Aqidah kita telah rosak tanpa kita tahu

Kita telah menuduh Tuhan lemah tanpa disedari

Berhati-hatilah kita berfikir, jangan salah berfikir, takut menjadi kafir

Kuasa Tuhan adalah mutlak tidak terbatas

Logik atau tidak logik dengan kehendak Tuhan ia pasti berlaku

Ada juga yang tidak logik tidak berlaku kerana Tuhan tidak mahu bukan tidak mampu

Ada juga yang logik tidak terjadi bukan Tuhan tidak mampu, Tuhan tidak mahu

Tidak mahu dengan tidak mampu tentulah tidak sama

Tidak mahu bukan menunjukkan kelemahan Tuhan

Itu adalah pilihan Tuhan dengan hikmahnya mengapa Dia tidak mahu

 

10.7.2003 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer