warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kedatangan Rasul Membawa Rahmat







Kedatangan Rasul membawa rahmat




Kedatangan Rasul Membawa Rahmat

 

Kedatangan Rasul membawa rahmat kepada manusia

Tidak kira apa agama dan bangsanya

Yang mendapat hidayah lebih-lebih lagilah sampai ke Akhirat sana

Yang tidak dapat hidayah hanya di dunia sahaja

Di antara rahmatnya itu semua manusia dianggap sama

Yang bertaqwa sahaja yang lebih mulia di sisi Tuhan

Keadilan dilakukan kepada sesiapa sahaja

Hak asasi mereka tidak boleh dilanggar

Membawa kasih sayang di kalangan manusia

Bertolong bantu di dalam kehidupan

Hak asasi manusia tidak boleh diceroboh

Maruah setiap orang tidak boleh dinoda

Jiran dihormati, bahkan dianggap keluarga

Sekalipun tidak sebangsa dan seagama

Jiran yang susah disuruh bantu

Yang senang menolong dan membantu, yang susah tidak meminta

Kata-mengata dilarang apatah lagi hina-menghina

Hasad dengki sangat dibenci

Maaf-bermaafan digalakkan sekali

Akhirnya manusia hidup bekerjasama dan harmoni

 

15.10.2002 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer