warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kebesaran Rasulullah Saw







Kebesaran Rasulullah SAW




Kebesaran Rasulullah SAW

 

Kebesaran Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya

Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung yang terserlah sebagai akhlaknya

Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadi para Sahabat

Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul

Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabi段n

Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat

Para Tabi段n adalah hasil didikan para Sahabat ridwanullahu alaihim

Adanya Tabi段n terserlahlah kebesaran para Sahabat

Keagungan para Tabi段n dapat dilihat pada diri para Tabiut Tabi段n

Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabi段n

Mereka para Tabi段nlah yang mendidik mereka hingga berjaya

Selepas Tabiut Tabi段n ayat Allah secara amnya sudah tidak terserlah lagi

Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh sudah tidak wujud lagi

Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka sudah terlalu minoriti

Kebesaran dan kehebatan mereka sudah tidak begitu dapat dilihat lagi

Daripada kita ini lebih-lebih lagi

Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang

Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam sudah tidak kelihatan lagi

Yang ada pun mereka secara majoritinya adalah lambang-lambang kebesaran syaitan

Peribadi mereka menggambarkan keagungan dan kehebatan Barat

Kerana mereka adalah hasil didikan kafir keparat

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer