warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Keadilan Merata Diperkata







Keadilan Merata Diperkata




Keadilan Merata Diperkata

 

Keadilan merata diperkata dan diperjuangkan

Perlaksanaannya masih terlalu terbatas

Kekuasaannya masih melindungi segelintir manusia

Golongan majoriti masih terdedah kepada bahaya

Kejahatan golongan atas terutama ahli politik masih terlindung oleh kuasanya

Golongan bawahan menjadi sasaran pendedahan

Golongan yang tidak disenangi, dicari alasan sebagai pengacau

Agar boleh ditahan dan diasingkan

Tergugat kepentingan pemimpin dituduh menggugat kepentingan negara

Akta ISA pun digunakan

Ramai golongan yang teraniaya

Membuat kemajuan dan pembangunan untuk keuntungan segelintir manusia

Golongan majoritinya hanya dapat melihat keindahannya dengan mata

Tapi didatangkanlah alasan-alasan yang munasabah

Untuk menyenangkan rakyat jelata

Demokrasi dicanangkan dan dibanggakan

Namun hak-hak asasi manusia tidak juga terbela

Nampaknya lahirnya tidak ada paksaan

Secara tersembunyi ada ugutan

Secara lahirnya semua orang boleh berusaha

Secara halusnya yang tidak nampak oleh mata banyak sekatannya

Ramai orang yang terkorban

 

Selepas Asar

5.6.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer