warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Keadaan Bangsaku Sudah Tenat







Keadaan Bangsaku Sudah Tenat





Keadaan Bangsaku Sudah Tenat

 

Waktu ini wahai Melayu bangsaku, terutama para pemimpin aku ingatkan

Kita keadaan tenat sekarang

Kita sedang berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dalaman

Di dalam keadaan politik tidak stabil, ekonomi belum meyakinkan

Berita di media massa tidak boleh dijadikan pegangan dan ukuran

Sudahlah begitu orang-orang yang tidak ikhlas ramai dan mengambil kesempatan

Mengambil kesempatan di atas bangsa dan negara untuk kepentingan peribadi

dan kawan-kawan

Mengikut kaedah fikiran bangsa dan ideologi sudah kita jalankan sejak negara dibebaskan

Namun semua hal masih belum stabil bahkan mencemaskan

Otak demi otak kita pakai, wahyu kita kesampingkan, keadaan semakin menakutkan

Di samping itu secara senyap-senyap Amerika dan Yahudi membuat pakatan

Mereka mengguna negara Singapura dan Australia melakukan berbagai-bagai

sabotaj dan kesusahan

Yahudi dan Amerika sudah lama tahu bahkan lebih 200 tahun bahawa kebangkitan Islam kali kedua adalah akan berlaku di timur

Kebangkitan itu pusatnya adalah di Malaysia

Hal ini ulama dan para pemimpin pun ramai yang tidak tahu,

padahal di dalam Hadis ada diceritakan

Kerana itu selepas Iraq Amerika dan Yahudi hendak sangat cari fasal

bagaimana hendak campurtangan di Malaysia dan Indonesia

Saya yakin inteligent negara juga pasti tahu keadaan

Oleh itu negara kita dari masa ke semasa  di dalam bahaya

Kalau negara salah langkah mereka ada alasan campurtangan di dalam negara

Negara kita lemah, kekuatan material tidak ada, politik pula tidak stabil hakikatnya,. sekalipun lahirnya tidak begitu ketara

Ekonomi negara kita juga tidak begitu stabil bagi orang yang arif

Saya dapat alamat dari Rasulullah: Yahudi telah berkubu di sebuah hospital di ibu negara

Mereka adalah terdiri daripada doktor-doktor perubatan menyamar,

sebenarnya mereka adalah intelligent musuh

Ini orang politik mungkin tidak tahu, apakah inteligent negara kita tahu? Saya  harap tahu

Saya juga dapat tahu dari Rasulullah sudah beberapa kali ada percubaan-percubaan dari CIA untuk boleh campurtangan di Malaysia dan Indonesia, semuanya gagal

Ini adalah sangat menakjubkan musuh negara dan agama

Radar dan satelit mereka yang begitu canggih sudah tidak dapat mengesan rahsia-rahsia negara kita secara tepat

Apakah inteligent negara kita dapat mengesan, saya kurang faham, saya harap faham hendaknya

Sebagai bukti yang nyata helikopter yang jatuh di Bario

mereka tidak dapat mengesannya,

ini satu tamparan buat mereka                                                                                                                                                 

Kemudian saya hantar rombongan saya untuk mengesan secara kaedah Islam

saya monitor dari rumah, alhamdulillah dengan izin Tuhan berjaya dikesan

Mengapa usaha-usaha jahat mereka tidak berjaya?

Gagal dan gagal?

Apakah kerana kita ada mempunyai alat-alat canggih dapat counter semula mereka hingga mereka gagal?

Kita faham negara kita, kita tidak ada alat sedemikian rupa

Tapi mengapa gagal?

Ini adalah rahsia Tuhan

Tuhan sudah berjanji Islam akan menjadi empayar kali kedua

bermula dari timur (Malaysia)

Orang Melayu akan menjadi empayar melalui Islam di akhir zaman,

tidak lama lagi jadi kenyataan

Atas janji Tuhan itulah, maka Tuhanlah yang menggagalkan

Kalau pemimpin negara kita faham dari sekarang hingga masa depan

Tuhan dan Islamlah kita kedepankan

Alhamdulillah Pak Lah membawa Islam Hadhari inilah masanya, ia sudah berlaku

Kita memberi kerjasama, insya-Allah tidak ada siapa boleh   menggugat kita

Yang akan datang kalau masih kita mengguna akal, ideologi bukan ertinya janji Tuhan  tidak jadi,

ia pasti jadi

Tapi sebelum terjadi risikonya tinggi, Tuhan berlepas diri

Tapi kalau kita terus mengguna Tuhan dan syariat-Nya, insya-Allah ia berjalan secara aman menuju ke matlamatnya

Harap ambil perhatian

Rupanya takdir Tuhan itu sudah berlaku dengan Islam Hadhari

Siapa terfikir ia akan berlaku, kerana faktor janji ia tetap berlaku, ia sedang berlaku

Ini khabar gembira buat orang Melayu

Orang Melayu akan jadi empayar melalui Islam tidak lama lagi ini bukan mimpi

Kalau kita panjang umur kita akan saksikan nanti

Itulah yang saya sedikit tahu tentang negara ini

Moga-moga negara boleh terima, kaalu tidak boleh terima saya tidak kecil hati

Apa yang saya tahu saya rasa terpanggil untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara memberitahu

Itulah dia anugerah Tuhan yang diberi-Nya kepada saya untuk negara ini

Terpulanglah kepada negara boleh menerima atau sebaliknya

Terima kasih mahu menatap sajak saya ini demi agama, bangsa dan negara

Sekian dahulu mungkin kalau ada rezeki lagi di masa lain akan diberitahu

kalau sudi mendengarnya

 

21.9.2004 2

Menjelang Asar / menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Komentar yang isinya menghina

Komentar yang isinya menghina Nabi Muhammad SAW terpaksa dihapus.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer