warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kawan Ketika Sakaratul Maut







Kawan Ketika Sakaratul Maut




Kawan Ketika Sakaratul Maut

 

Carilah kawan atau cintalah kawan sebanyak-banyaknya

Untuk menjadi sahabatmu ketika sakaratul maut

Di waktu itu selain kawan tidak ada siapa yang menolongmu

Juga di dalam kubur, sahabatmulah yang akan berada bersama-samamu

Orang lain janganlah diharapkan

Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar, kawan juga yang akan membantu kawan

Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri

Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini ialah amal soleh kita

Dia nanti di dalam kubur merupakan seorang pemuda atau pemudi yang amat cantik dan menarik

Senang hati memandang, tenang jiwa dibuatnya

Kerana itulah di masa hidup di dunia, pandai-pandailah cari kawan

Janganlah cari kawan yang jahat dan jelik

Kerana kawan yang jahat juga akan bersama-sama kita nanti di alam kubur

Yang dimaksudkan kawan yang jahat ialah amal kejahatan kita

Di dalam kubur nanti ia dirupakan seorang manusia yang terlalu buruk dan busuk

Kalau baunya dihidu oleh makhluk yang bernyawa di dunia nescaya atau mungkin mati seluruhnya

Kawan yang buruk dan busuk inilah yang akan sentiasa berada di samping kita

Belum lagi persoalan pukulan Mungkar dan Nakir

Ia bersama-sama kita di dalam kubur hinggalah hari Qiamat

Berhati-hatilah cari kawan di dunia ini

Biarlah kawan yang kita cari itu yang boleh membela kita

Iaitu cetuskanlah berbagai-bagai macam amal kebajikan

Agar kita mempunyai kawan di dalam kubur yang membela dan menyenangkan kita

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer