warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kasih Sayang







Kasih Sayang Tuhan





Kasih Sayang Tuhan

 

Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya

Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga

Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia dan disimpan aset itu

sebagai harta di Syurga

Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya

Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula

Dapat pula  melahirkan  syukur dan ramai  pula orang terbela

Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala

Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka

Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga

Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa

Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan

Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apapun dia tenang sahaja

Susah dan senang sama sahaja

Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak, di waktu susah tidak pula rasa derita

Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka

Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya, jiwanya senang dan tenang sahaja

Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya

 

9.2.2004 - 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer