warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati







Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati





Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati

 

Kalaulah kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati

Kebesaran-Nya memenuhi hati manusia

Nikmat dan rahmat-Nya sentiasa, hati terasa malu dan malu menerimanya

Iradah Tuhan itu terasa benar oleh hati ia pasti berlaku

Qahhar dan Jabbar-Nya sentiasa menggerunkan hati manusia

Balasan dan hukuman-Nya bila-bila boleh berlaku terhadap hamba-hamba-Nya

Hati benar-benar terasa kecut dan menakutkan

Gementar dan menggeletar hati merasakan

Apakah hati macam ini boleh dilalaikan?

Apakah hati begini boleh ditipu-daya oleh nafsu dan syaitan?

Apakah hati ini boleh dipengaruhi oleh dunia dan nikmatnya?

Sudah tentu tidak, sekali lagi tidak

Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara

Tuhan akan menjaganya, Tuhan akan memeliharanya

Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan

Lalainya tiada, kecuali sedikit sahaja

Kerana manusia umum tiada maksum kecuali nabi dan rasul

Inilah yang dikatakan hati (jiwa) yang hidup dan jaga

Jagalah hati atau jiwa jangan sampai dia mati

Atau jagalah dia jangan sampai dia buta

 

Julai 99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer