warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kalau Kita Seorang Pendidik







Kalau Kita Seorang Pendidik





Kalau Kita Seorang Pendidik

 

Kalau kita sebagai pendidik, fikiran (akal) dan jiwa orang kenalah diambil kira

Cara orang berfikir secara umum kenalah tahu

Saikologi orang atau perasaan orang kenalah boleh dibaca secara rambang setidak-tidaknya dan diambil kira

Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu

Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya

Mendidik orang fikirannya(akal), jiwa dan nafsunya adalah menjadi target

Soal fizikal perkara gampang, bahkan sampingan sahaja

Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu mendidiknya tidak sama

Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya dan mendidik nafsu ada caranya pula

Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman yang berguna dunia dan Akhiratnya

Disuburkan dengan cara mengkaji, berfikir, membaca serta mengamalkannya

Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya

Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan kerana manusia itu hamba

Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan dan rasa kehambaan

Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah

Agar sifat-sifat mazmumah dibuang dan sifat-sifat mahmudah disuburkan

Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah

Adakah zaman sekarang ini pendidik-pendidik yang faham mendidik akal, jiwa dan nafsu insan?!

Itulah yang menjadi tanda tanya kita

Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif

Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya

Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai, pendidik tidak ramai

Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak dan punah-ranah insaniahnya

Yang sangat menonjol yang dapat dilihat ialah kasih sayang sudah hilang

Maka seluruh manusia di dunia telah menderita dan kecewa

 

28 Muharam 1421

Selepas Asar - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer