warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kalau Engkau Sedar Kuasa Tuhan







Kalau Engkau Sedar Kuasa Tuhan





Kalau Engkau Sedar Kuasa Tuhan

 

Kalau engkau sedarlah kuasa Tuhan itu menguasai sepenuhnya ke atas diri engkau

Nescaya hati engkau menggelupur ketakutan terhadap Tuhan

Hati engkau sentiasa bergelombang kerana bimbang

Jika engkau sedarlah penglihatan, pendengaran dan pengetahuan tembus-Nya terhadap diri engkau

Nescaya rasa bertuhan tidak akan lekang dari hati engkau

Dan tentu susah sekali engkau hendak melupakan Tuhan

Juga jika engkau sedarlah rahmat dan nikmat Tuhan itu kepada diri engkau tidak pernah rehat walaupun sedetik

Nescaya sungguh malu engkau kepada Tuhan

Syukur engkau terhadap-Nya tidak akan terputus-putus kepada-Nya

Engkau akan besarkan, agungkan, puja dan cinta terhadap-Nya

Engkau akan melutut dan sujud menyembah Tuhan sepanjang hayat

Tapi hati engkau telah buta, jiwa engkau telah mati

Engkau tidak terasa apa-apa lagi terhadap Tuhan

Kepekaan engkau terhadap Tuhan sudah tidak ada lagi

Yang engkau besar dan agungkan yang dapat engkau lihat dengan mata

Yang engkau sensitif ialah sesuatu yang engkau dapat fikirkan

Mata dan fikiran engkau yang menguasai diri engkau

Hati dan jiwa engkau sudah tidak berfungsi

Di waktu tirai dunia ini akan dilabuhkan

Engkau akan terkejut dan terbeliak mata engkau

Rupanya ada lagi satu kehidupan yang lebih luas dan dahsyat

Yang kekal abadi buat selama-lamanya

Yang selama ini engkau tidak dapat fikirkan

Di sanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan

 

Menjelang tidur

23.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer