warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Kalam Allah







KALAM ALLAH





Kalam Allah

 

Di antara sifat Tuhan yang wajib lagi mulia ‘Kalam’ namanya

Ertinya Tuhan itu Berkata-kata

mempunyai bahasa yang tersendiri

Bahasa-Nya tidak sama dengan mana-mana bahasa makhluk-Nya

Bahasa makhluk, bahasa yang Tuhan ciptakan

Bahasa-Nya bukan bahasa ciptaan,

Ia sudah sedia ada pada Azali yang tidak diukur mengikut masa dan zaman

Sepertimana Zat-Nya adalah Qadim lagi azali

Ya bahasa-Nya juga Qadim lagi azali seperti Zat-Nya

Bahasa Allah Tuhan kita tersendiri,

Tidak dapat difikirkan, tidak dapat dikhayalkan

Tidak sama dengan bahasa-bahasa makhluk ciptaan Tuhan

Tuhan bercakap tidak berlafaz, tidak berhuruf, tidak bersuara

Tuturan-Nya tidak ada yang dahulu dan tidak ada yang kemudian

Maha Suci Tuhan bahasa-Nya dapat digambarkan macam mana dan bagaimana

Tidak ada koma,  full-stop, tidak ada tanda tanya dan seruan

Al Quran adalah bahasa malaikat

atau bahasa Rasul terjemahan bahasa Tuhan

Kita hanya dapat faham maksud daripada bahasa Tuhan

dari bahasa Al Quran

Tapi bahasa Tuhan bukan macam bahasa Quran

Maha Suci Tuhan yang bahasa-Nya sedemikian

Jika kita tidak dapat fikirkan dan khayalkan,

Sudah betullah itu mengikut pegangan dan keyakinan

Jangan diubah lagi keyakinan itu mengikut sangkaan

 

13.11.2002 - 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer