warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jiwa Yang Derita







Jiwa Yang Derita




Jiwa Yang Derita

 

Ada orang di waktu ada masalah, hati gelisah, untuk ketenangan berhibur

dengan pemandangan yang indah

Itu bukan caranya menghilangkan kegelisahan jiwa, melupakan sebentar masalah, kegelisahan tetap terpendam di hatinya

Selepas pemandangan hilang masalah dan gelisah subur semula

Ada orang untuk menghilangkan tensionnya, pergi ke tempat-tempat hiburan

Katanya hendak hilangkan ketegangan fikiran, ringankan penderitaan jiwa

Itu hanya menyembunyikan penderitaan buat sementara, kita tidurkan dia

Ia boleh lupakan kita sementara dan melupakan penderitaan jiwa seketika

Apabila hiburan hilang, penderitaan jiwa datang semula

Tidak kurang juga ada orang yang jiwanya tidak tenang, dia pun menonton filem

Katanya untuk menghilangkan tekanan jiwa, mencari ketenangan konon

Selesai sahaja menonton filem tekanan jiwa menerkam jiwa semula

Mungkin jiwanya bertambah derita

Begitulah dia lakukan berulang-ulang untuk menyelesaikan masalah jiwa

Lupa sekejap kemudian menderita semula

Jiwa derita atau gelisah bukan boleh diubat dengan perkara-perkara luaran

Ubatnya ada di dalam jiwa manusia

Hubungkan hati dengan Tuhan, suburkan rasa kehambaan di dalam jiwa

Itulah ubatnya

Fahamkan kerja Tuhan terhadap kita

Jiwa akan tenang semula, gelisah akan reda

Tuhan adalah hiburan buat Mukmin yang bertaqwa

Hiburan luaran adalah hiburan yang sementara dan menipu daya

Melupakan sekejap masalah, selepas itu resah gelisah semula

Kalau diteruskan tanpa pandai mencari ubatnya jiwa yang derita

Akhirnya mungkin gila, atau kecewa, akibatnya putus asa

Setengah orang membunuh diri jalan penyelasaiannya

Oleh kerana jahil dia cari jalan yang mudah dan bodoh

Lari daripada penderitaan yang kecil, masuk kepada penderitaan yang  maha besar

iaitu Neraka

Wal’iyazubillah

 

8.2.2004 – 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

setuju

setuju...hanya dengan kembali pada Alloh perasaan dan pikiran yang sempit akan dilapangkan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer