warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jika Pemimpin Negara Orang Bertaqwa







Jika Pemimpin Negara Orang Bertaqwa




Jika Pemimpin Negara Orang Bertaqwa

 

Apabila pemimpin yang berkuasa itu mempunyai sifat taqwa yang tinggi

Maka Tuhan pun membantu dengan mengalirkan rahmat dan berkat-Nya kepadanya

Dari berkat itu melimpah dan mengalir ke seluruh rakyat di dalam negara

Maka Tuhan pun campur tangan ikut mengawal dan menjaga

Dimurahkan rezeki, maka jadilah negara makmur, rakyat mewah

Pintu hati manusia pun tertutup untuk melakukan jenayah

Maka berlakulah keselamatan dan keamanan di merata negara

Kebimbangan dan ketakutan pun hilang

Tuhan masukkan di dalam hati manusia malu hendak membuat maksiat

Maka bersihlah negara dari sebarang kemungkaran

Mata selamat, hati tidak ternoda, iman tidak tercacat

Kelihatan manusia penuh tawadhuk, malu, bermaruah dan berdisiplin

Berkasih sayang sesama manusia, bekerjasama dan hormat-menghormati

Bertolak ansur, simpati, mengutamakan orang lain dan harmoni

Tidak ada orang miskin yang terbiar

Tidak ada orang sakit yang terlantar yang tidak diambil peduli

Tidak ada orang kaya yang tamak dan bakhil

Masing-masing menjadi pemurah, seronok berkhidmat kepada orang yang susah

Di mana-mana dan ke mana sahaja perempuan pergi tidak ada yang akan menodai

Barang yang tercicir dijumpa kembali, atau akan dikembalikan semula kepada yang empunya

Orang-orang yang bermusafir, berebut-rebut untuk dijadikan tetamu

Di mana-mana sahaja kelihatan Tuhan itu dibesarkan dan disembah orang

Syariat diamalkan orang, akhlak ibarat bunga yang indah di dalam kehidupan

Syiar Islam itu kelihatan di mana-mana sahaja

Alangkah indahnya hidup ini kerana adanya pemimpin yang bertaqwa

Dengan sebabnyalah seluruh rakyat mendapat rahmat dan berkat

Dengan sebab pemimpin itulah rakyat dibantu dan diberi rezeki

 

Menjelang tidur

22.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer