warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jika Kasih Sayang Tidak Wujud







Jika kasih sayang tidak wujud




Jika kasih sayang tidak wujud

 

Jika kasih sayang sudah tidak wujud di kalangan manusia, perpaduan tidak akan berlaku

Kalau kasih sayang sudah hilang, bekerjasama jika berlaku adalah secara terpaksa dan pura-pura

Manakala kasih sayang sudah gersang, peri kemanusiaan pun hilang

Jika kasih sayang sudah tidak ada, yang miskin papa tidak akan terbela

Bertimbang rasa sesama manusia pun tidak akan ada

Orang yang susah akan terbiar di dalam penderitaan

Jikalau kasih sayang sudah hilang, orang yang teraniaya tidak akan ada orang yang membela

Penzalim-penzalim bermaharajalela tidak siapa yang akan menghalang

Bila kasih sayang hilang mudah sahaja terjadi perbalahan dan permusuhan

Mudah sahaja berlaku pergaduhan dan perkelahian di kalangan manusia

Apabila kasih sayang hilang maaf-bermaafan payah berlaku di dalam pergaulan

Masing-masing individu-individu prejudis satu sama lain

Kalau begitu di manalah kebahagiaan dan keharmonian

Sudah tentu kebahagiaan dan keharmonian hilang

Hiduplah manusia di dalam ketakutan dan kebimbangan

Jiwa manusia tidak tenang, fikiran berserabut dan kusut

Barulah kita sedar kasih sayang adalah anak kunci segala kebaikan

Kasih sayang tidak akan wujud jika setiap insan tidak mencintai Tuhan

Cintakan Tuhan rahsia kasih sayang sesama manusia

Kalau inginkan perpaduan, berjuanglah untuk menanamkan rasa cinta dengan atau kepada Tuhan

Secara automatis akan berlaku kasih sayang sesama manusia

Di sini kita faham, perpaduan bukan boleh berlaku sekadar slogan-slogan

Lebih-lebih lagi perpaduan tidak akan wujud dengan diakta dan diundang-undangkan

Kerana perpaduan adalah bersifat kejiwaan

Kalau jiwa kasih sayangnya sudah hilang bagaimana mungkin lahir perpaduan?!

 

11 Safar 1421

Lepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer