warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jenayah Pemerintah Kepada Rakyat







Jenayah Pemerintah Kepada Rakyat




Jenayah Pemerintah Kepada Rakyat

 

Engkau marah kepada pemerintah kerana tidak adil di dalam pembahagian rezeki

Engkau tentang kerajaan kerana pembahagian ekonomi berat sebelah

Ekonomi dan projek diberi hanya kepada kroni-kroni ketua pemerintah

Juga engkau marah kerana pembaziran membuat bangunan yang megah

Pembangunan rakyat dicuaikan dan terabai

Engkau sakit hati kerana katanya keadilan undang-undang berat sebelah

Musuh politik pemerintah terdedah kepada undang-undang

Kroni pemerintah dilindungi oleh undang-undang dan akta

Padaku menentang pemerintah kerana apa yang telah disebutkan di atas terlalu kecil dan remeh-temeh

Pemerintah sebenar telah melakukan jenayah yang lebih besar daripada itu

Yang kita tidak boleh biarkan dan maafkan

Pemerintah telah rosakkan aqidah rakyat di dalam negara

Syariat telah dikoyak-koyakkan dan dibakulsampahkan

Akhlak dan maruah rakyat telah punah dan musnah

Hasil daripada sistem pendidikan rakyat tidak kenal Tuhan

Guru sudah tidak dihormati lagi oleh murid-murid dan pelajar-pelajar

Ibu bapa telah diderhakai dan tidak dihormati

Jenayah yang berbagai-bagai bentuk berleluasa terjadi

Berbagai-bagai bentuk kemungkaran terjadi berleluasa di dalam negara

Kesan didikan pemerintah manusia hidup nafsi-nafsi

Agama ditinggalkan dunia dibesarkan

Inilah dia yang aku marah

Perjuanganku selama ini hendak pulihkan yang ini semua

Bukan soal ekonomi, kesalahan ini terlalu kecil dibanding tadi

Engkau begitu gigih berjuang, riuh-rendah di dalam negara

Tapi apa yang engkau perjuangkan perkara kecil sahaja

 

7.9.99

Selepas XPDC

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer