warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jawatan Pemimpin Telah Menjadi Rebutan







Jawatan Pemimpin Telah Menjadi Rebutan




Jawatan Pemimpin Telah Menjadi Rebutan

 

Kepimpinan telah menjadi rebutan

Adakalanya ditabur duit dan bantuan kepada pengundi untuk menang

Tidak kurang menghina dan mengata lawan untuk kejayaan

Fitnah, mengumpat sabotaj dilakukan untuk menjatuhkan lawan

Berlaku juga kerana hendakkan jawatan pemimpin,jatuhkan kawan

Bahkan berbagai-bagai lagi perbuatan jahat dibuat untuk dirinya dicalonkan

Rakyat menjadi korban, jawatan kepimpinan dijadikan saluran mencari makan

Rakyat telah menjadi alat rebutan untuk jawatan kepimpinan

Atau rakyat telah diperjudikan oleh orang yang hendak jadi pemimpin cari makan

Dahulu kerana orang takutkan Tuhan, tolak menolak agar tidak dicalonkan

Kerana jawatan pemimpin adalah tanggung jawab, beban, pembelaan, menegakkan keadilan, ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan untuk ditanyakan

Kalau orang faham dan takutkan Tuhan, takut hendak ambil jawatan kepimpinan

Jawatan kepimpinan jalan ke Neraka lebih dekat daripada ke Syurga

Kalau hendak cari makan, carilah jalan lain yang lebih selamat

Banyak lagi jalan cari makan daripada hendak ambil kepimpinan untuk cari makan

Inilah dia di antara penyakit akhir zaman

Jawatan kepimpinan telah jadi rebutan

Adakalanya sampai berbunuh-bunuhan, demi jawatan kepimpinan

Itulah bahayanya apabila jawatan pemimpin dijadikan gelanggang cari makan

Cari nama, hendak glamor, mahu popular

 

9.3.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer