warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jarang Orang Sedar Dosa Besar Yang Batin







Jarang orang sedar dosa besar yang batin




Jarang Orang Sedar Dosa Besar Yang Batin

 

Setengah orang Islam yang tidak mengenal dirinya dengan mendalam

Apabila dia tidak minum arak, tidak berzina, tidak berjudi, tidak membunuh orang, tidak menipu hatinya senang

Dia merasakan dirinya sudah terlepas daripada dosa-dosa besar

Dia pun memandang jijik dan menghina orang yang terlibat dengan dosa-dosa besar yang lahir tadi

Padahal dia sendiri, sombong menjadi pakaiannya, riyak hiasan dirinya, ingin dipuji basahannya

Pemarah budayanya, hasad dengki amalannya, glamour matlamat hidupnya

Semua yang ada pada dirinya adalah dosa-dosa besar yang tersembunyi

Dia tidak sedar kerana mata hatinya sudah buta, sekalipun dia seorang ulama atau umarak

Dosa-dosa besar yang lahir yang punya diri sedar

Dia pun tahu yang ia adalah dosa-dosa yang hina

Dosa-dosa lahir ini seseorang itu mudah insaf dan bertaubat

Tapi orang yang membuat dosa-dosa besar yang batin jarang orang sedar

Bahkan dia merasakan bersih daripada dosa

Dosa sendiri yang batin dia tidak nampak

Dosa-dosa orang yang zahir dia nampak

Biasanya orang-orang yang membuat dosa batin jarang bertaubat kerana tidak nampak

Dia berdosa tapi tidak sedar yang dia berdosa

Akibatnya dosa-dosanya dibawa sampai mati

Maka dia pun tidak bertaubat

Suul khatimah tanpa disedari

Kemurkaan Tuhan pun menimpa ke atas kepalanya

Maka Nerakalah padahnya

 

11.7.2001

Selepas Zuhur

 

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer