warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jangan Sampai Kehilangan Tuhan







Jangan Sampai Kehilangan Tuhan




Jangan Sampai Kehilangan Tuhan

 

Kalau engkau kehilangan harta atau barang mungkin engkau dapat pahala

jika engkau sabar atau redha

Atau boleh jadi darjat engkau hendak ditinggikan oleh Tuhan

Jika engkau kehilangan anak yang disayangi, boleh jadi ia penebus dosa engkau di Akhirat

Oleh itu janganlah susah hati kematiannya

Jika engkau kehilangan kawan, tidak mesti engkau berdosa

Bahkan boleh jadi engkau akan mendapat kawan lebih baik dari itu

Tapi perlu engkau ingat, jangan sampai engkau kehilangan Tuhan atau iman

Jangan engkau biarkan kehilangan Tuhan dan iman

Kehilangan Tuhan dan iman bererti engkau kehilangan segala-galanya

Tuhan dan iman sesuatu yang paling berharga

Hilangnya Tuhan dan iman, pangkat dan harta kekayaan engkau tidak berguna apa-apa

Engkau akan rugi di dunia dan Akhirat

Kerana itulah engkau kenalah berjuang bersungguh-sungguh

Jangan sampai engkau kehilangan Tuhan dan iman

Kalau engkau boleh mendapatkan Tuhan dan iman dengan apa sahaja, berbuatlah!

Engkau korbanlah apa sahaja

Gunakanlah masa, carilah peluang, gunakanlah seluruh fikiran dan tenaga

Demi mencari Tuhan dan iman

Kalau perlu nyawa engkau diminta untuk mendapat Tuhan dan iman

Korbankanlah nyawamu, kerana Tuhan dan iman adalah aset dunia Akhirat

Tidak ada yang lebih berharga dari iman dan Tuhan

Kerana itulah di dalam mendapatkan Tuhan dan iman

Jangan takut korbankan apa sahaja

Tuhan dan iman adalah segala-galanya

 

30 Muharam 1421H

Lepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer