Jangan Mudah Menghina Orang
Jangan Mudah Menghina Orang
Jangan mudah menghina orang
Jangan mudah menjatuhkan air mukanya
Jangan mudah memalukan orang
Lebih-lebih lagi jangan mudah menghukum dan menyeksanya
Jauhilah menzalim orang
Kalau boleh tolonglah orang yang kena zalim
Ingatlah kita semuanya makhluk Allah
Ciptaan-Nya, semua di dalam kuasa-Nya
Kita hidup di dunia ini ibarat roda
Sekali di atas sekali di bawah
Bukan istimewa sepanjang masa
Sekali-sekala tercium juga tahi lembu
Terpijak juga kekotoran dan najis-najis yang menjijikkan
Hendaklah kita takut kepada Allah setiap waktu
Agar kita insaf dan sedar selalu
Bahawa kita adalah hamba yang hina
Dijadikan daripada air yang hina dan menjijikkan
Moga-moga dengan itu kita tidak menjadi manusia yang menzalim dan menghina
22.9.99
Selepas Asar -2
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1853 reads
Post new comment