warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jangan Lupakan Yang Maha Kuasa







Jangan Lupakan Yang Maha Kuasa




Jangan Lupakan Yang Maha Kuasa

 

Di waktu engkau menyalahgunakan kuasa

Tidak teringatkah engkau, kuasa itu akan ditarik Tuhan

Ketika engkau menzalim dengan kuasamu

Tidakkah kamu ingat engkau juga akan dihukum dengan kuasa-Nya

Mengapa engkau tidak terfikir masa depanmu

Bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi

Apakah kamu boleh menentukan nasibmu

Kamu tidak akan mendapat kesusahan?

Nasib malang tidak akan menimpamu?

Tidak terfikirkah kezaliman akan dibalas dengan kezaliman di dunia lagi

Di Akhirat apatah lagi

Pasti engkau akan terhukum

Jika taubat tidak engkau lakukan

Dan kalau Allah tidak mengampunkan

Ingatlah kuasa yang ada padamu

Bukan boleh menyelamatkan kamu

Kerana di atas kuasamu ada kuasa Tuhan yang Maha Kuasa

Kuasa yang menentukan segala yang berkuasa

 

 

26.2.99 = 9 Zulkaedah 1420

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer