warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Jangan Biarkan Aku Tanpa Pimpinan







JANGAN BIARKAN AKU TANPA PIMPINAN




Jangan Biarkan Aku Tanpa Pimpinan

 

Aku selalu sahaja membuat dosa

Sering sahaja melakukan kesalahan dan kesilapan

Sekalipun sudah aku cuba menolaknya

Tuhan!

Dengan rahmat-Mu ampunkanlah dosa-dosaku

Maafkanlah sahaja seluruh kesalahan-kesalahanku

Tuhan!

Jangan engkau biarkan aku tenggelam dengan dosa

Jangan tinggalkan aku terumbang-ambing dengan kesalahan

Tuhan!

Aku inikan hamba-Mu jua

Aku adalah boneka yang Engkau cipta

Jangan Engkau biarkan aku tanpa pimpinan

Aku akan tersesat jalan

Tuhan!

Kalau Engkau biarkan aku dengan dosa dan noda

Kalau Engkau tinggalkan aku dengan kesalahan

Segala yang kumiliki tidak ada erti apa-apa

 

11.10.2002 2

Tuhan!

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer